Featured Post Today
print this page
Latest Post

KumpuLan Foto Konyol Orang Super Malas

Malas merupakan sifat yang alami pada manusia. Namun sifat malas itu dapat dikendalikan oleh manusia itu sendiri. Nah berikut ini adalah foto-foto orang yang super malas. Orang-orang yang tidak bisa melawan rasa malas itu. Silakan cermati baik-baik.















0 komentar

Bendera Pas dan Pkr berkibar Megah di Bumi Palestine

FB
Bendera Pas dan Pkr berkibar Megah di Bumi Palestine
Bendera Pas dan Pkr berkibar Megah di Bumi Palestine....Insyallah Bendera Umno-Bn akan menyusul selepas mendapat persetujuan Isreal...koh koh koh...
0 komentar

Aku Seorang CEO!


Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup aku. Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana. Kedua ibubapa ku alah guru. Alhamdulillah. .aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik. Dalam usia 18 tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu di negara matahari terbit, Jepun.

Aku mengambil jurusan Kejuruteraan. ..dalam masa beberapa tahun disana aku fasih bertutur dalam bahasa Jepun.Selepas bertungkus- lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya mendapat segulung Ijazah. Aku tidak terus balik ke tanah air..sebaliknya aku mengambil keputusan untuk terus menetap disini dan bekerja untuk mengambil sedikit pengalaman. Dalam usia semuda 23 tahun aku bekerja sebagai Eksekutif di sebuah firma terkemuka Jepun.

Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja disini. 3 tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak pengurusan dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke penolong pengurus dan seterusnya menjadi Pengurus termuda didalam Firma tersebut. Hampir 6 tahun bekerja disana akhirnya aku diarahkan oleh majikan aku untuk pulang ke Malaysia.

Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysiadan telah membuka sebuah Firma baru disini dan akulah orang yang paling layak untuk mengendalikan firma mereka disini. Alahamdulillah. ..aku dilantik sebagai Pengarah Urusan. Aku bekerja siang dan malam…bertungkus lumus…dunia aku hanyalah di pejabat. Sekarang aku mempunyai 3 orang cahayamata anugerah tak ternilai dari Allah SWT.

Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma yang aku kendalikan telah bertambah maju dan akhirya disenaraikan di papan kedua bursa saham Kuala Lumpur . Tidak sampai 7 tahun beroperasi sekali lagi kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasil penat lelah selama ini ahkirnya berbaloi…. aku dilantik sebagai CEO tempatan pertama di firma ini dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan beserta 3 buah kereta mewah… Syukur Alhamdulillah.

Dalam usia 46 tahun sebagai CEO….aku mula terasa kehilangan sesuatu!!!!!
Kebahagian keluarga….

Kesibukan aku menyebabkan aku serahkan segala tugas sebagai seorang ayah kepada isteriku. Hubungan aku bersama keluarga renggang. Anak-anak aku tak terurus…yang sulung dah tak macam orang…rambut warna merah… bertindik di hidung. Apabila tiba waktu makan malam sudah tidak bersama lagi.

Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah kemana… Aku terlalu sibuk di pejabat. Meeting sanasini. Lunch pun nak meeting….main golf pun bincang pasal kerja….dinner pun meeting lagi!!!!…sampai tiada masa untuk bersolat!!

Setiap pagi aku kena periksa segala lapuran-lapuran eksekutif aku…sebelah petang kena buat report pada Board of Directors. Sembahyang 5 waktu aku tunggang terbalik…. kekadang buat …kekadang terlupa… masyaallah !!!! Setiap hari ada temujanji bersama client aku dari Jepun.
Aku mungkin kaya…tetapi jiwa aku kosong…kadang kala jiwa aku tertekan!!!

Bila aku pulang ke rumah lewat malam aku bersolat…. aku menangis…aku memohon doa kepada Allah semoga diberikanketenangan jiwa. Semoga keluarga ku bersatu kembali. Selang seminggu aku bernekad…! !!! Aku telah meletakkan jawatan ku sebagai CEO.

Aku tinggalkan gaji aku sebanyak RM38K sebulan dan aku pulangkan kesemua kereta-kereta mewahku pada syarikat. Keluarga ku terkejut. Isteriku menangis…. tetapi bukan menangis marahkan aku meninggalkan jawatan sebagai CEO…tetapi menangis kerana gembira…mereka gembira akhirnya aku kembali kepada mereka..!!!

Aku beritahu mereka aku ingin berniaga sendiri. Buka gerai jual Kuew Teow Goreng..!!!!
Aku diketawakan oleh mereka….tak apa aku akan buktikan yang bekas CEO akan lebih berjaya dengan berniaga kuew teow goreng !!!! Dengan sedikit pengalaman sebagai tukang masak (tukang masak tak bertauliah) semasa belajar di Jepun dan sedikit duit simpanan aku memulakan perniagaan pertama aku di sekitar Ampang…bersebelah an dengan Citroen Showroom. Aku dibantu oleh anak sulung aku

Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari. Berniaga dari jam 4 petang hingga 10 malam. Hari Kedua dapat RM 120.00 sehari. Hari ketiga dapat RM220.00 sehari….alhamduli llah. Dan hari-hari seterusnya lebih kurang RM380.00. sehari.

Anggaran kasar pendapatan aku sebulan lebih kurang RM9,880.00 untuk satu gerai. Perniagaan aku bertambah maju dalam 8 bulan aku membuka satu lagi gerai di Cheras…dari 2 gerai aku membuka 3..dan seterusnya sehingga sekarang aku memiliki 6 gerai makanan. Pendapatan bersih dari 6 gerai tadi aku memperolehi rezeki dari Allah dalam RM60, 000.00 SEBULAN. Bayangkan pendapatan seorang CEO RM38K sebulan dan pendapatan dari berniaga Kuew Teow sebulan RM60K. Kini aku bersenang lenang bersama-sama keluarga ku. Setiap bulan kami bercuti bersama.

Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang ‘hilang’. Anak-anak aku memang malas nak meneruskan pelajaran mereka. Jadi aku latih mereka berniaga. Merekalah sekarang yang menjalankan perniagaan tersebut. Aku cuma memantau…atau lebih kurang jadi ‘chairman’.. ..dan anak-anak aku sebagai Directornya.

Sekali-sekali aku melihat jam di tangan. Oh, baru pukul 2.30.. lambat lagi nak balik. Cepat la sikit pukul 5.00. ..bolehla aku berangan lagi…Beginilah kehidupan aku seorang kerani kerajaan…
Laa….hampeh betul citer ni. Mat Jenin rupanyerr… ……..
1 komentar

Walau politik Melayu berpecah ekonomi jangan musnah

sinar harian
25 Jun 2012
Tan Sri Muhammad Ali Hashim
Tan Sri Muhammad Ali Hashim
HARI ini bangsa Melayu menghadapi suasana politik yang jelas sekali berpecah-belah. Tiada tandatanda yang suasana politik berupaya mengembalikan perpaduan Melayu dalam tempoh terdekat, mahu pun dalam jangka masa sederhana. Tambahan pula dengan kaedah amalan demokrasi yang semakin bercorak politik pertarungan kalah-mati atau “zero-sum game” dalam perebutan kuasa pemerintahan.

Bangsa Melayu terpaksa menerima hakikat perpecahan politik berparti sebagai realiti hidup bermasyarakat dan berdemokrasi. Persoalan yang timbul dari realiti perpecahan ini ialah, sementara dipupuk semula perpaduan, apakah yang harus Melayu lakukan supaya mereka terus membina kekuatan ekonomi, tidak terlepas peluang bisnes dan melangsungkan kedudukan kuasa korporat untuk menjadi bangsa maju? Bagaimana boleh diperkasakan ekonomi Melayu dan umat Islam di Malaysia supaya mencapai taraf “Khalifah” dalam bisnes dan ekonomi satu hari nanti?


Dalam kata lain, bangsa Melayu wajib menggunakan kebijaksanaan dan segala hikmah untuk menentukan, di samping perbezaan dan perpecahan politik, supaya usaha membina kekuatan ekonomi Melayu tidak tergugat.


Bangsa Melayu mesti pandai melayari gelora dan badai politik yang memecah-belah ini untuk menentukan akhirnya perahu Melayu akan selamat sampai ke destinasi yang dituju. Mereka wajib menyusun semula strategi supaya “perahu” tidak karam dan mereka tidak terus ketinggalan sebagai bangsa yang “hanyut” ekonomi, tanpa arah dan tujuan.


Sesungguhnya ini boleh mereka lakukan. Negara-negara lain yang mengamalkan sistem perebutan kuasa pemerintahan berdemokrasi seperti ini juga kerap diancam ketidakstabilan dan perpecahan politik; namun tetap berupaya meningkatkan prestasi bisnes dan korporat hingga tinggi pencapaian ekonomi.


Jika diperhatikan, mereka semua bijak “menginstitusikan” kepentingan bisnes dan korporat supaya tidak dipolitikkan dan terdedah kepada sorong-tarik dan sepak-terajang politik berparti. Sekalipun politik bergolak ekonomi dan bisnes tetap mantap lagi perkasa. Bagaimana mereka lakukan semua ini?


Antara kaedah paling berkesan adalah menentukan kepentingan bisnes dan korporat tidak dipaksikan kepada kepentingan parti politik tertentu atau kepentingan peribadi pemimpin politik. Aktivis politik juga tidak dibenarkan menerajui syarikat dan memegang jawatan eksekutif korporat. Sekalipun terdapat hubungan, bisnes dan korporat dilekangkan dari politik, diurus secara berautonomi oleh pengurusan profesional dan berwibawa.


Dengan demikian tidak mudah berlaku tindakan cantas-mencantas yang diperhatikan kerap menjadi punca utama kemerosotan dan kemusnahan kepentingan bisnes dan korporat milik Melayu apabila terlalu dipolitikkan.


Selain politik cantas-mencantas menjadi antara faktor utama menyebabkan kemerosotan kepentingan bisnes dan ekonomi Melayu, kini terdapat satu lagi ancaman besar yang berpotensi memusnahkan langsung benteng ekonomi bangsa. Puncanya terbit setelah Melayu digesa supaya menciplak ideologi politik berteraskan liberalisasi ekonomi ala Barat.


Jelas sekali, dalam kita menciplak sistem politik demokrasi Barat, kita perlu waspada kesan dan impak yang kadang kala boleh memudaratkan. Justeru, bangsa Melayu juga perlu bijaksana dalam memilih ideologi politik, khasnya yang membawa impak negatif terhadap kepentingan ekonomi.


Hari ini terdapat gagasan politik liberalisasi ekonomi yang menuntut supaya syarikat berkaitan kerajaan atau GLC diswastakan. Ungkapan yang kerap dilaungkan ialah “government has no business to be in business - kerajaan tiada sebab untuk terbabit dalam bisnes.” Pada mereka yang mengibar bendera liberalisasi penglibatan kerajaan merosakkan pasaran.


Dasar memperjuangkan liberalisasi ekonomi ini tidak mahukan kerajaan terlibat, sekalipun untuk menyeimbangkan sistem, menegakkan keadilan ekonomi, merapatkan jurang kaya-miskin dan membela nasib rakyat termiskin. Justeru mereka lantang dengan menjadikan penswastaan sebagai agenda utama politik. Pada mereka semua GLC wajib segera diswastakan!


Sebenarnya tuduhan campur tangan kerajaan merosakkan pasaran, merendahkan keupayaan bersaing dan melemahkan ekonomi negara tidak lagi masuk akal. Kerana hari ini banyak contoh di mana kepimpinan ekonomi kerajaan dengan GLC di barisan depan pasaran, berupaya membina usaha dan memperkasa ekonomi. Contoh terbaik ialah Republik Rakyat China. Kepesatan ekonomi China telah berjaya menjadikannya ekonomi kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat. Antara lain, ekonomi China dipacu GLC hingga mereka memiliki 80 peratus nilai pasaran modal (market capitalization) sahamsaham di Bursa China. Kini kaedah pendekatan China dengan peranan besar GLC dilihat sebagai berpotensi menjadi model alternatif kepada sistem kapitalis Barat. Sebaliknya negara besar Barat kelihatan giat meninjau semula ideologi kapitalisme amalan mereka selama ini setelah digugat krisis ekonomi.


Dalam menangani krisis kewangan dan beban hutang negara yang semakin mengancam kestabilan ekonomi masing-masing, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah banyak menggunakan kaedah campur tangan kerajaan dan kelihatan tidak ragu mengetepikan liberalisasi untuk mencari jalan keluar.


Tiba masanya Malaysia juga mengetepikan ketaksuban kepada ideologi liberalisasi ekonomi yang kuat dianjurkan oleh beberapa pihak tertentu. Sebaliknya, peranan strategik GLC membina ekonomi perlu diiktiraf dan diperkasa.


Di Malaysia, dalam kalangan syarikat tersenarai (PLC) di Bursa Malaysia, syarikat GLC kini memiliki lebih 40 peratus daripada nilai pasaran modal. Syarikat PLC ini berperanan sebagai institusi amanah. Prestasi positif syarikat GLC ini tidak menjadi persoalan dan nyata sekali kerajaan semakin bijak menentukan supaya GLC tidak dipolitikkan untuk terus berupaya mengurus aktiviti bisnes mengikut kaedah pasaran.


Kesimpulannya, jelas sekali syarikat GLC Malaysia menyumbang kepada pertumbuhan nilai ekonomi negara. Mereka juga tidak merosakkan pasaran. Justeru, atas dasar apa harus mereka diswastakan seperti dituntut oleh puak liberalisasi?


GLC Malaysia juga telah diinspirasikan penubuhannya oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan menyeimbangkan ekonomi dan merapatkan jurang kaya-miskin rakyat Malaysia. Ia juga menepati nilai Islam yang mengutamakan keadilan sosial dan ekonomi. Kenapa pula harus dirombak ideologi ekonomi yang sangat penting dan strategik dalam usaha menegakkan keadilan dan melindungi nasib golongan miskin yang dahagakan pembelaan?


Sebenarnya sebaliknya lebih wajar dilakukan. GLC berwibawa harus digalakkan memainkan peranan amanah yang lebih besar dan luas. GLC boleh dijadikan institusi teras (seumpama “guang xi” dalam masyarakat China dan “kieretsu” di kalangan Jepun), untuk membina jaringan bisnes PKS dan menggalakkan PKS bangkit ke depan bertumbuh dan membesar sehingga menerajui ekonomi negara dan memenuhi barisan jutawan dan bilionair negara masa depan.


Jangan swastakan GLC. Malah perhebatkan peranan mereka sebagai institusi amanah. Kerajaan juga harus lebih tegas menjamin autonomi mereka daripada dicerobohi kepentingan politik. Ini penting dalam konteks menghidupkan kembali semangat DEB dan menegakkan keadilan ekonomi negara. Ia juga penting dalam usaha umat Islam di Malaysia mengorak langkah memperkasa ekonomi sehingga satu hari nanti mencapai tahap “Khalifah” dalam bisnes dan ekonomi untuk kemakmuran dan kesejahteraan semua.


*Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM). ali.bizjihad@yahoo.com
0 komentar

AirAsia India Dapat Kelulusan NOC



NEW DELHI – AirAsia India mendapat sijil tiada halangan (NOC) daripada Kementerian Penerbangan Awam, yang memberi laluan kepada usaha syarikat penerbangan itu untuk memulakan operasinya di India.

“Saya gembira untuk mengumumkan bahawa AirAsia India telah menerima kebenaran NOC daripada kerajaan India.

“Amat menarik dan menguntungkan,” demikian tweet Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

Fernandes berkata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia India Mittu Chandilya dan pasukannya telah menyelesaikan segala keperluan yang perlu dilaksanakan.

“Kami amat berterima kasih kepada Kemenetrian Penerbangan Awam kerana memberi sijil tiada halangan kepada kami dengan begitu cepat. Ini merupakan NOC terpantas yang diberikan dan dengan ini kami akan memberi tumpuan terhadap usaha memperoleh Premit Operasi Udara,” kata Chandilya.

Beliau berkata AirAsia India akan terus dengan persediaannya dan bersedia untuk memulakan operasi apabila Permit Operasi Udara diperoleh dan berharap menjadi penyumbang dinamik kepada pembangunan industri penerbangan India.

AirAsia India yakin syarikat akan dapat mengulangi kejayaan syarikat sekutu di Malaysia, Thailand dan Indonesia; serta membolehkan rakyat India menggunakan perkhidmatan penerbangan pada kadar yang mampu melalui prestasi operasi yang baik dengan memberi penekanan terhadap tumpuan dan struktur kos yang bakal memberi manfaat kepada pengguna India, katanya dalam satu kenyataan.

NOC berkenaan bermakna AirAsia India kini akan dapat mengimport pesawat ke pangkalannya di Chennai, Tamil Nadu.

Fernandes telah menyatakan sebelum ini bahawa operasi di India akan terus menggunakan pesawat Airbus A320.

Langkah AirAsia India seterusnya ialah memohon lesen syarikat penerbangan daripada pengawal selia penerbangan Ketua Direktorat Penerbangan Awam (DGCA).

Apabila langkah ini dilaksanakan, operasi boleh dimulakan.

AirAsia India, yang telah mula mengambil pekerja di India merancang untuk memulakan penerbangan pada akhir tahun dengan tumpuan permulaan kepada Selatan India.

Chandilya berkata syarikat penerbangan itu kini mempunyai tiga pesawat Airbus A320 dan lebih 200 kakitangan pada masa ini.

AirAsia India merupakan usaha sama 40:30:21 antara AirAsia Bhd, Tata Sons dan Telestra Tradeplace Pvt Ltd. – BERNAMA
0 komentar

Pelajar Tingkatan 3 Pendarahan Teruk Dirogol

Pelajar Tingkatan 3 Pendarahan Teruk, Dirogol Buruh Kasar


TELUK INTAN – Perkenalan singkat ketika menghadiri kenduri kahwin kakak di Kampung Gajah yang baru menjangkau tiga bulan mengundang padah buat seorang calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) apabila dia menjadi mangsa rogol oleh temannya itu.
Dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa berusia 15 tahun itu baru berkenalan dengan suspek dan diajak keluar berjalan-jalan sekitar Teluk Batik kemudiannya ke Teluk Intan sebelum mengajak gadis itu ke rumah abang suspek di Labu Kubong.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisoner Goh Kok Liang berkata, suspek berusia 19 tahun itu membawa pelajar sebuah sekolah di Kampung Gajah ke sebuah rumah kosong milik abang lelaki tersebut di Labu Kubong.
Menurutnya, setiba di tempat kejadian, kira-kira jam 12.30 tengah hari, Sabtu lalu, suspek yang bekerja sebagai buruh kasar membawa masuk mangsa sebelum merogol pelajar tersebut.
“Selepas memuaskan nafsu, mangsa mengalami pendarahan teruk akibat dirogol suspek sebelum lelaki itu membawa pelajar itu ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk pemeriksaan.
“Ketika suspek membawa mangsa ke HTI, petugas bertanyakan apa yang terjadi dan lelaki itu menjawab bahawa pelajar itu terjatuh,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Kok Liang berkata, petugas HTI yang tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan oleh suspek, turut menyoal kepada mangsa sebelum mengakui dirogol lelaki itu.
Katanya, menyedari mangsa dirogol suspek, petugas HTI menghubungi keluarga mangsa dan satu laporan polis dibuat oleh abang ipar pelajar perempuan tersebut.
“Kami menahan suspek bagi membantu siasatan terhadap kes tersebut.
“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.  – Sinar Harian Online
0 komentar

10 Ritual Perkawinan yang Unik di Dunia Hewan

1. Lebah
http://hermawayne.blogspot.com
Siklus reproduksi lebah memang menarik dan kompleks. Gini cerita pendeknya, ratu secara selektif dibesarkan di sebuah "sel ratu" khusus dalam sarang dan diberi makan royal jelly oleh lebah pekerja untuk menjadikannya dewasa secara seksual. Seekor ratu yang masih “perawan” yang dapat bertahan sampai dewasa tanpa dibunuh oleh saingannya akan melakukan perkawinan dengan kira-kira selusin lebah jantan (dari puluhan ribu lebah jantan yang memenuhi syarat di koloni itu). Uniknya, saat kawin, alat kelamin lebah jantan akan meledak dan “snap off inside the queen”. Tentu saja lebah jantan itu langsung mati.

2. Bonobo
http://hermawayne.blogspot.com
Siapa bilang bahwa kekerasan adalah satu-satunya cara untuk menyelesaikan perkelahian karena perebutan makanan atau daerah teritori? Daripada berkelahi, bonobo lebih memilih menyelesaikannya dengan berhubungan seks. Sebenarnya, seluruh struktur sosial mereka tampaknya berputar di sekitar seks. Bonobo menggunakan seks sebagai salam untuk penyelesaian sengketa, perkelahian, dan sebagai imbalan dalam pertukaran makanan.

3. Cacing pipih
http://hermawayne.blogspot.com
Untuk cacing pipih, seks lebih seperti perang daripada cinta. Seperti semua siput laut, cacing pipih adalah hermaphrodit (memiliki organ seksual laki-laki dan perempuan). Dalam hal ini, organ jantan mereka ternyata berupa dua penis mirip belati yang mereka gunakan untuk berburu maupun berhubungan. Selama perkawinan, 2 cacing pipih bertarung (yaitu “penis fencing") untuk saling menusuk satu sama lain, sambil menghindari tusukan partnernya. Yang kalah (yang telah tertikam) akan menyerap sperma melalui kulitnya dan kemudian menanggung beban sebagai ibu (betina).

4. Burung cikalang
http://hermawayne.blogspot.com
Seekor cikalang jantan memiliki kantung tenggorokan yang dapat mengembang dengan usaha yang keras. Membutuhkan waktu selama 20 menit untuk menjadi balon merah raksasa berbentuk hati. Dia kemudian menggelengkan kepalanya dari satu sisi ke sisi lainnya, lalu menggetarkan sayapnya dan memanggil betina untuk melihatnya. Seekor cikalang betina akan kawin dengan jantan dengan balon terbesar dan paling mengkilat. Saat berhubungan, burung jantan akan menaruh sayapnya dengan manis di atas mata betina untuk memastikan perhatiannya tidak teralihkan oleh jantan lain dengan balon yang lebih lebih indah.

5. Jerapah
http://hermawayne.blogspot.com
Dengan leher panjang mereka, perkawinan adalah sebuah kerja keras untuk jerapah jantan. Jadi, ketika jantan tertarik pada jerapah betina, ia akan melakukan prosedur yang dikenal sebagai "fleshmen sequence". Pertama, si jantan akan mendorong-dorong bokong betina untuk merangsang buang air kecil. Lalu si jantan meminum seteguk air seni betina. Jika rasanya baik menurutnya, barulah si jantan mulai berhubungan dengan betina. Sebenarnya, kata "mulai berhubungan" mungkin terlalu mudah, karena sebenarnya jerapah jantan pada dasarnya terus mengikuti si betina sampai betina menyerah dan membiarkan si jantan berhubungan dengannya.

6. Lumba-lumba
http://hermawayne.blogspot.com
Berikut adalah sesuatu yang mungkin kalian tidak tahu tentang lumba-lumba. Mereka memiliki penis yang dapat ditarik masuk. Dan kalau itu tidak cukup keren, inilah sesuatu yang lain, penisnya dapat digunakan untuk memegang. Dan bisa memutar. Bahkan lumba-lumba jantan bisa menggunakan penisnya untuk mengeksplorasi objek persis seperti tangan. Lumba-lumba jantan juga memiliki dorongan seks yang sangat kuat. Fakta lain adalah bahwa lumba-lumba jantan memiliki nafsu seksual yang sangat rakus. Mereka sering mencoba untuk berhubungan dengan benda mati dan bahkan dengan hewan lain, seperti kura-kura laut. Ketika sekumpulan lumba-lumba jantan bertemu lumba-lumba betina, sering kali mereka akan berusaha untuk memaksa betina untuk kawin.

7. Clownfish
http://hermawayne.blogspot.com
Dalam film animasi Disney "Finding Nemo", animatornya lupa memberitahu Anda satu hal tentang clownfish, mereka dapat mengubah gender. Clownfish hidup dalam kelompok yang terdiri dari sepasang jantan dan betina yang dapat berkembangbiak, serta beberapa jantan yang tidak berbiak. Ada hirarki ketat dalam kelompok itu berdasarkan ukuran, ikan terbesar adalah betina, terbesar berikutnya adalah jantan, dan kemudian anggota kelompok yang lain adalah jantan tidak berbiak. Jika betina mati atau terpancing manusia, jantan terbesar akan berubah kelamin menjadi betina. Kemudian yang terbesar dari jantan tidak berbiak akan mendapatkan promosi untuk menjadi jantan mendampingi si betina.

8. Kepinding
http://hermawayne.blogspot.com
Kepinding jantan tidak peduli dengan organ seks betina. Sebaliknya, kepinding jantan menggunakan organ seksualnya (yang berbentuk seperti pedang) untuk menusuk tubuh kepinding betina dan memasukkan spermanya. Para ilmuwan bahkan memiliki nama lucu untuk hal semacam ini, "traumatic insemination".

9. Landak
http://hermawayne.blogspot.com
Pertama, landak betina tertarik pada seks hanya sekitar 8 sampai 12 jam dalam setahun. Kedua, untuk mengajak betina berhubungan selama musim kawin yang singkat itu, landak jantan berdiri di kaki belakangnya, menggoyang-goyangkan badannya, dan kemudian menyemprotkan aliran urin yang sangat deras dari jarak sejauh 6 kaki ke tubuh betina dari kepala sampai kaki. Jika betina itu tidak terkesan, dia akan menjerit dan mengibaskan urin dari tubuhnya. Tapi jika dia siap, maka si betina akan mengangkat tubuh belakangnya untuk mengekspos bagian bawah perutnya dan membiarkan si jantan “menungganginya” dari belakang (ini satu-satunya posisi yang aman untuk landak). Setelah perkawinan dimulai, betina tak akan terpuaskan, ia memaksa jantan untuk kawin berkali-kali sampai jantan benar-benar kelelahan. Jika si jantan terlalu cepat lelah, landak betina akan meninggalkan dia untuk landak jantan yang lain.

10. Bowerbird
http://hermawayne.blogspot.com
Untuk menarik pasangan, bowerbird jantan membangun sebuah struktur yang luar biasa rumit yang disebut “a bower”. Ini terbuat dari ranting dan sering berbentuk seperti sebuah gubuk kecil. Burung jantan kemudian menghiasi "pondok bujangan" nya dengan berbagai benda sebagai hadiah. Di antaranya seperti bunga, bulu, batu, dan bahkan plastik dan kaca. Ratusan potongan-potongan itu secara hati-hati ditata dalam tema monokromatik (misalnya semua item berwarna biru). Burung itu akan benar-benar marah jika anda mengacaukan pondoknya, misalnya dengan menempatkan satu benda yang berbeda warna. Bowerbird jantan menghabiskan waktu berjam-jam untuk menyortir dan mengatur hal-hal itu. Bahkan, mereka akan merusak fokusnya hanya untuk pergi ke pondok burung jantan yang lain untuk mencuri barang dan membuat tempat itu berantakan.

sumber

0 komentar

JILAT MATA RANGSANG SYAHWAT

AMALAN menjilat mata yang popular dalam kalangan remaja semakin membimbangkan.
Charlotte Amalie: Satu perbuatan pelik menjilat bebola mata bergelar ‘oculolinctus atau worming’, mempunyai beberapa penyokong termasuk Elektrika Energias, pelajar sains alam sekitar berusia 29 tahun di Kepulauan Virgin AS.

“Teman lelaki saya mula menjilat biji mata saya beberapa tahun lalu dan saya sukakannya. Saya tidak lagi bersamanya, tetapi saya masih suka orang lelaki menjilat bebola mata saya,” katanya kepada The Huffington Post. “Saya sukakannya kerana ia mengasyikkan seperti menghisap ibu jari kaki.” Menurutnya, perbuatan itu menaikkan syahwat.
“Tetapi, saya tidak meminta sesiapa saja melakukannya. Lelaki yang saya suka dan dia tidak fikir  perbuatan itu pelik. Setakat ini, belum ada yang menolak,” katanya.

Menjilat bebola mata sudah diamalkan sejak pertengahan 2000 dan pencarian mudah di YouTube memaparkan ratusan video mengenainya.

LIHAT VIDEO :

Bagaimanapun, pakar mata bimbang amalan bahaya itu semakin popular di kalangan remaja khususnya selepas laporan berita mengatakan murid sekolah rendah di Jepun cuba melakukannya hingga menyebabkan kes sakit mata merah atau dikenali sebagai ‘conjunctivitis’ berlaku.
Dalam satu bilik darjah murid berusia 12 tahun, satu pertiga mengakui melakukan ‘worming’. Pihak berkuasa hanya menyedari sesuatu berlaku apabila beberapa murid yang dijilat matanya datang ke sekolah keesokan harinya memakai pelekat mata, lapor ShanghaiList.com. - Daily Mail
0 komentar

Ben Affleck Ganti Bale Jadi Batman


Pelakon berusia 41 tahun, Ben Affleck telah diumumkan oleh pihak Warner Bros sebagai aktor yang akan menjayakan watak adiwira terkenal Batman dalam filem sekuel terbarunya.

Filem terbaru itu bakal mengandingkan dua superhero hebat, Batman dan Superman dalam satu naskhah yang sama.

Affleck bakal digandingkan dengan Henry Cavill yang membawa watak Superman selain Amy Adams kekal dengan peranannya sebagai Lois Lane.

Sebelum ini, kesemua tiga filem Batman yang diarahkan oleh Christopher Nolan telah dijayakan oleh aktor berbadan sasa, Christian Bale namun Bale telah menolak untuk membintangi filem terbaru ini kerana merasakan sudah puas dengan watak tersebut menerusi filem-filemnya sebelum ini.

Adakah anda teruja untuk menyaksikan suami kepada aktres Jennifer Garner ini beraksi sebagai Batman baru anda?

Oleh: AUDREY LEE
0 komentar

Sampin Altimet Jadi Fenomena

ALTIMETUM

Sampin yang digayakan oleh penyanyi rap Altimet di Anugerah Blokbuster, Sabtu lalu nampaknya menjadi bualan ramai sehinggakan peminat turut menyatakan hasrat mereka untuk mengayakan sampin sebegitu menjelang hari lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi.
Altimet menggayakan baju melayu hitam beserta sampin bercorak celoreng askar dilihat menepati tema hipster anugerah terbabit.
ALTIMETUM1

ALTIMETUM2
Nampaknya, fesyen yang dibawa Altimet bakal menjadi ‘trendsetter’ baru buat pemakaian sampin untuk kaum Adam di luar sana.
Tidaklah nanti kita dihidangkan dengan satu jenis dan corak sampin je kan..
Tak gitu? SUMBER


0 komentar

Kerajaan Mahu Kurangkan “Black Economy”


JOHOR BAHRU – Kerajaan berusaha mengurangkan kegiatan ‘black economy’ yang berada pada tahap 30 peratus ketika ini kepada 15 peratus menerusi langkah-langkah pencegahan dan penguatkuasaan yang lebih berkesan.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, ‘black economy’ melibatkan kegiatan seperti penyeludupan keluar barangan subsidi dan aktiviti penipuan cukai serta jenayah perdagangan termasuk membuat pengisytiharan palsu.

“Kita mahu mengurangkan kegiatan ‘black economy’ dalam negara kepada 15 peratus seperti di negara-negara maju. Kegiatan ‘black economy’ menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit setahun,” katanya kepada pemberita selepas melawat ibu pejabat Kastam Johor di sini hari ini.

Beliau tidak dapat menganggarkan jumlah kerugian tepat yang ditanggung oleh negara akibat kegiatan haram itu.

“Jika hanya 10 peratus (subsidi petrol dan diesel) menjadi mangsa kegiatan haram itu, kerugian yang ditanggung oleh negara ialah sebanyak RM2.48 bilion, apa tah lagi jika 30 peratus daripada RM24.8 bilion subsidi petrol dan diesel kerajaan,” katanya.

Menurutnya kejayaan mengurangkan peratusan kegiatan itu akan memastikan lebih banyak tinjauan ekonomi negara disalurkan untuk kepentingan rakyat.

“Kita (Kastam) kena lebih kreatif daripada mereka (yang terlibat dengan kegiatan haram). Kita perlu kreatif untuk mendapatkan tinjauan negara,” katanya dan menambah, langkah memasang mesin pengimbas di pintu-pintu masuk negara merupakan langkah positif dalam mengurangkan kegiatan seperti itu.

Sementara itu, Ahmad berkata Kastam yakin memenui sasaran kutipan tinjauan sebanyak RM34.4 bilion tahun ini berbanding RM32.3 bilion tahun lepas.

Sehingga Ogos ini katanya, Kastam berjaya mengutip sebanyak RM24.3 bilion, peningkatan daripada RM23.6 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata sehingga Ogos lepas, Kastam merampas pelbagai barangan bernilai RM287 juta manakala sepanjang tahun lepas, agensi itu berjaya merampas barangan bernilai RM602 juta. – BERNAMA
0 komentar

Lalukah nak makan makanan macam ni

Dijual, Makanan Berupa Potongan Tubuh Manusia!

 Sabtu, 19 Januari 2013 
Foto : Cocktail berdarah (Caters News Agency)
Foto : Cocktail berdarah (Caters News Agency)
LONDON - Maukah anda mencicipi cupcake yang sudah dimuntahi, cocktail berisi darah dan hati manusia, serta potongan payudara beserta tulang rusuk manusia? Tapi jangan salah, makanan-makanan ini manis dan enak.

Makanan-makanan itu tak lain adalah kek namun bentuknya sudah dimodifikasi secara kreatif hingga terlihat menjijikkan. Makanan-makanan itu dijual di toko makanan khusus bagi warga yang berusia 18 tahun ke atas.
0 komentar

10 Pianist terbaik sepanjang masa

Jika sebelumnya Serba Sepuluh telah menerbitkan artikel tentang sepuluh komponis terbaik, maka kali ini Serba sepuluh menerbitkan artikel yang bertemakan tentang Piano, Yaitu daftar 10 pianist terbaik.

Sejak piano ditemukan 500 tahun lalu, hingga sekarang sudah banyak sekali pianist-pianist handal yang bisa memainkan tuts-tuts piano dengan nada dan Irama yang Khas, Dan dari semua daftar pianist yang dapat dihimpun, Ternyata terselip 10 nama yang dinobatkan sebagai 10 pianist terbaik sepanjang masa oleh para ahli musik dunia,


Berikut adalah daftar 10 pianist terbaik sepanjang masa

10. Alfred Cortot.

Terkenal karena rekaman menakjubkan dan variasi dari orang-orang seperti Chopin, Brahms, Liszt, dan banyak lainnya komposer terkenal. Ia juga menambahkan variasi sendiri dan berputar untuk yang paling umum komposisi, mengubahnya menjadi sesuatu yang unik dan istimewa.

9. Arturo Benedetti Michelangeli
Pianis yang lebih baru, Michelangeli mengasah bakatnya untuk kesempurnaan, mengtinjauankan rekaman yang nyaris sempurna bahkan ketika belum diedit. Dia terkenal untuk membatalkan konser secara acak dan untuk fokus pada detail kecil dari musik, sering melupakan gambaran besar.

8. Walter Wilhelm Gieseking
Gieseking adalah unik karena ia diduga pernah berlatih piano. Sebaliknya, ia akan duduk berjam-jam dalam diam, memutar lagu dalam pikirannya. Kebanyakan otodidak, pianis kemudian akan melakukan potongan tanpa cacat.

7.Franz Liszt
seseorang asal Hungaria ini memulai karirnya di usia yang cukup muda, meskipun sedikit informasi yang tersedia selama periode hidupnya. Diketahui bahwa tidak hanya dia seorang pianis yang sangat baik, ia juga bisa memainkan beberapa alat musik lain, termasuk cello.

6. Wolfgang Amadeus Mozart

Salah satu anak yang paling terkenal genius, Mozart memainkan piano pada umur tiga dan lima, ia sudah mulai menulis lagu-lagu yang ditulis oleh ayah setia. Dia melanjutkan untuk memberikan konser dari usia yang sangat muda.

5. Fredric Chopin.
Chopin adalah salah satu dari komponis pertama piano muda siswa bermain. Ia juga seorang anak ajaib, sering dibandingkan dengan Mozart. Mendalami dunia musik dari usia muda, dia sudah bermain dan mencoba menulis pada usia enam tahun.

4. Vladimir Horowitz
versi tuanya

versi mudanya

Mungkin salah satu pianis yang paling terkenal dari abad ke-20, Horowitz belajar di bawah Felix Blumenfeld dan Sergei Tarnowsky. Ia terkenal karena kemampuannya untuk bermain secara kreatif potongan-potongan yang kuat dan bukan sekadar menggedor jauhnya di kunci.

3. Ludwig Van Beethoven
seseorang yang berasal dari Jerman muda ini komposer dan pianis terkenal karena bakat pada piano dan fakta bahwa ia terus bermain baik dan menenangkan setelah kehilangan pendengaran pada usia 26.

2. Josef Hoffman

Ajaib muda ini mulai tampil konser piano di usia enam tahun dan pada usia 12, ia adalah yang pertama tercatat musisi, bekerja sama dengan Thomas Edison untuk membuat rekaman musik pertama.

1. Sergei Rachmaninoff
Dikenal memiliki tangan terbesar dari semua pianis yang paling terkenal, Rachmaninoff span mampu hingga 14 catatan pada satu waktu dan dia memanfaatkan kemampuan ini dalam komposisi, Rhapsody pada Tema Paganini, 8 Prelude, dan lain-lain.

sumber: kaskus.us

0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. ekspresi bebas - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger