
Pelakon berusia 41 tahun, Ben Affleck telah diumumkan oleh pihak Warner Bros sebagai aktor yang akan menjayakan watak adiwira terkenal Batman dalam filem sekuel terbarunya.
Filem terbaru itu bakal mengandingkan dua superhero hebat, Batman dan Superman dalam satu naskhah yang sama.
Affleck bakal digandingkan dengan Henry Cavill yang membawa watak Superman selain Amy Adams kekal dengan peranannya sebagai Lois Lane.
Sebelum ini, kesemua tiga filem Batman yang diarahkan oleh Christopher Nolan telah dijayakan oleh aktor berbadan sasa, Christian Bale namun Bale telah menolak untuk membintangi filem terbaru ini kerana merasakan sudah puas dengan watak tersebut menerusi filem-filemnya sebelum ini.
Adakah anda teruja untuk menyaksikan suami kepada aktres Jennifer Garner ini beraksi sebagai Batman baru anda?
Oleh: AUDREY LEE
Posting Komentar